Monday, September 9, 2013

Mesin Jahit

Ok...perasaan sangat membuak2 nk membeli mesin jahit. Nak beli yg mahal ckit en hubby x bg. Dia takut benda tu jadik tukun je kat rumah. Aippp...babab t...hahaha...~ Dah beli opkos la aku pakai t kan...

Leh le wat bermacam2 projek menjait... lama x pegang mesin jait...dulu zaman2 anak dara je rajin tolong along.. tq along bg aku peluang menjait dulu...dapat la aku upah menjait...hikhik...

Inilah mesin jahit murah yg aku nk beli..tp asik xde stokkkkkk je...nyampah ai tau...huk2

Taraaaaa....tu le dia mesin jaitnye...kita nunggu le minggu depan kot ade stok eh...kot xde gak maka terpaksa la aku beli kat mudah je dgn rege RM200...rugi tigapoloh ringgit le gamak...LAZADA please restock balik mesin nih...huhu..

Nanti aku update dapat ke idok ye...tata...nak wat koje...t boss marah...haha

Sunday, December 16, 2012

~ kErJa ~

Saya sedang meng"USHA" jawatan kosong sebagai akauntan...Kalau boleh kat area wangsa Maju ni je..X pon kerani pon boleh la...asal every month saya ade fixed income...tp kene struggled ckit la...sbb still jd co sec gak kan.....

ohhhhhh... rindu nk pegang duit sendirik...klu skang ni seme nk kene mintak en Hubby...klu ade lebih dpt le klu x, sila duduk rumah diam2...cian anak2... :(

Semoga rezeki saya akan sentiasa murah insyaAllah....moga2 ade peluang kerja untuk saya....jadi kerani pon x pe.......dapat la saya settle kan hutang2 walaupon itu bukan hutang saya.....(part ni mmg geram...org berhutang aku yang kene..huh)

Saya hendak kErJa ~.~.~ SEKIAN

Thursday, September 20, 2012

Buat amalan bersama







~: TiNg tOnG tInG ToNg...cuci2 buang sawang :~

Assalamualaikum......

uihhhhh...bersawang berabuk doh aihhh...hahaha....lamo doh x update...anak pon dah bertambah lg sorg... haha...taun depan update tgk2 tambah lg sorg...ahaksss :p

mai2 aku kongsi gambo bb no 4 aku yg comey n bambam :)

ateten yg cumel2...mama lap2 u la bb...hehe

dah 6 bulan dah pon bb FATIN AZZAHRA mama....moga2 sihat sejahtera, jd anak yg solehah n jd penyejuk hati mama n abah... :)

ni plak gamba 3 beradik tgh layan ngantuk deme....alahai kejap je dah besar kan...mmmm

gitew citer seba ckit ttg kami...gmbr mama n abah dia xdok...sbb masing2 berlumba besarkan bdn...huhu...gemukss sgt dah aku nih...nak order Alpha Lipid SD2 la....kasi kurus ckit...hehe :p tata :)

Wednesday, November 9, 2011

TIRAMISU - Chef Riz


BAHAN-BAHAN:
3 BijiTelur
6 sudu the gula
10 gram serbuk gelatin
40ml air panas
175 gram Keju Mascarpone
175 gram Krim Keju
250 ml Krim Memasak
Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan)
Jejari biskut Span
Serbuk Koko
Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla

CARA-CARA MEMASAK:
Asingkan kuning telur dan putih telur

ADUNAN 1:
Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning.
Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).

ADUNAN 2:
Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar.

ADUNAN 3:
Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.

Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati.
Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung.
Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya.
Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi.
Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga.
Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam.
Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna.
Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.

Friday, October 28, 2011

Doa memohon agar anak rajin solat.. InsyaAllah..

Doa Isteri Solehah

Buat suamiku yg tercinta......

aku bukan yg sempurna....namun aku terlalu sayang padamu...
semoga bahtera yang kita bina ini direstuiNya...
dengan kehadiran cinta2 hati kita, kakak, abang, huda dan adik2nya...
semoga kita akan terus bersama ke akhirnya...
luv u forever.... :)


Doa Isteri Solehah

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Ameen, Ya Rabbi Allameen……